Jumaat, 22 Januari 2010

LENCANA SKBBKS



BULAT : Lambang BERSATU dan PERPADUAN oleh semua pihak ke arah SATU TUMPUAN MENYELURUH matlamat kemajuan sekolah.

MOTO : “ BERILMU BERDISPLIN BERJASA ”
BERILMU – Keperluan utama penubuhan sekolah untuk melahirkan insan yang berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan harmoni.
BERDISPLIN – Tunggak utama pembentuk kejayaan ialah displin dalam segala aspek, pelaksanaan secara bekerjasama.
BERJASA – Kelebihan pada insan dinilai sejauh mana baktinya kepada bangsa, agama dan negara. Budi adalah amalan yang mulia.

WARNA : MERAH & KUNING – Warna Negeri Selangor
HIJAU - Warna rasmi sekolah.
Merupakan warna sejuk dan lambang kedamaian.

BUKU : Sumber utama dalam alam pendidikan menjadi asas menimba ilmu pengetahuan dan berperanan memberi maklumat dahulu, sekarang dan akan datang.

PEN : Alat penting untuk menulis, mencatat dan menggaris dalam penyampaian ilmu.

BERUS : Lambang kepada matlamat mewarna dan mencorak insan yang dididik mengikut kehendak agama, bangsa dan negara.

GELUNG : 5 gelung lambang perpaduan dalam bidang kesukanan dan bersatu membentuk organisasi ke arah kejayaan.